Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang.

Beliau yang juga Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada agensi penguat kuasa dan jabatan berkaitan selepas aduan kepada pihak berkuasa oleh nelayan tidak diambil tindakan.

Beliau menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan sumber rezeki nelayan persisir pantai yang bergantung kepada hasil tangkapan harian, selain memastikan setiap aduan yang dikemukakan nelayan disiasat secara menyeluruh.

“Kalau ada aduan itu, saya akan berhubung dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Laut. Memang nelayan persisir pantai ada had kawasan operasi, begitu juga bot pukat tunda.

“Saya tidak pasti bagaimana bot pukat tunda boleh memasuki kawasan nelayan persisir pantai. Jadi, saya perlu menyemak terlebih dahulu aduan yang diterima,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Parit Terus, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Onn berkata, beliau memandang serius setiap aduan yang dikemukakan nelayan dan tidak akan membiarkan isu berkenaan berlarutan tanpa tindakan susulan.

Sejak beberapa hari lalu, beliau mengakui menerima beberapa aduan daripada nelayan persisir pantai yang mendakwa berlaku pencerobohan kawasan tangkapan selain kerosakan yang dikatakan berpunca daripada aktiviti bot terbabit.

“Beberapa beberapa hari ni memang ada aduan nelayan pantai tentang adanya, mereka tak ada lesen, ada bot rosak. Jadi, saya akan ambil nota lah.

“Saya akam berhubung dengan pihak Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Perikanan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan daerah Batu Pahat,” katanya.

Terdahulu, TMP melaporkan kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan sumber perikanan di kawasan berkenaaan.

Penceroboh bot pukat tunda itu bukan sahaja mengaut hasil laut di zon perikanan nelayan tradisional (Zon A) hingga menjejaskan pendapatan nelayan susulan kegiatan berkenaan telah mengurangkan hasil tangkapan secara drastik, menyebabkan kawasan yang dahulunya banyak ikan, kini seolah-olah tiada hidupan.

Nelayan Orang Asli Kampung Sri Pantai, Zaini Kamal, 44, mendakwa bot pukat tunda berkenaan semakin berani memasuki kawasan cetek berhampiran pantai walaupun kawasan itu jelas menjadi zon larangan yang menjadi kawasan pembiakan ikan dan sumber utama nelayan tradisional.

Lebih mengecewakan katanya, masalah itu sudah lama berlaku dan nelayan terjejas telah mengadu kepada pihak berkuasa namun tidak ada tindakan berkesan yang diambil sehingga kini

Related Posts

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya