Kerajaan Sarawak sah pemegang majoriti saham Affin Bank

KUCHING – Sarawak sah menjadi pemegang saham Affin Bank dengan 31.25 peratus.

Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambil alihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Affin Bank berupaya menjadi pemangkin utama dalam menyokong agenda ekonomi mampan Sarawak.

“Affin Bank dapat mengimplementasi strategi yang membawa kepada penyelesaian kewangan seperti pembiayaan mikro, akses mudah perkhidmatan perbankan dan program literasi kewangan,” ujar beliau.

Tambah beliau, kedua-dua pihak akan bekerjasama membuka peluang baharu, memudahkan akses kepada modal dan membantu keusahawanan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Saya yakin dengan usaha gigih dan komitmen padu, Affin mampu berkembang maju dan menjadi mercu kegemilangan kewangan negara,” kata beliau.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah menyifatkan perjanjian ini sebagai detik penting dalam perjalanan bank tersebut.

“Ini merupakan lonjakan yang membawa Affin ke tahap kecemerlangan dan mempercepatkan pertumbuhan Affin,” kata Wan Razly.

Tambah Wan Razly, Affin Bank turut menambah cawangan dari enam kepada 14 cawangan menjelang suku pertama 2025.

Sebelum ini, harga saham Affin Bank melonjak kepada sebanyak 11 sen atau 3.83 peratus iaitu RM2.98 sesaham.

Kenaikan harga saham tersebut susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi kelulusan kepada kerajaan Sarawak untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Affin Bank.

Ini menjadikan nilai pasaran sebanyak RM7.15 bilion. Kira-kira 4.66 juta saham didagangkan.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat