Warga emas dilaporkan hilang masuk hari kelima

SERIAN – Operasi mencari seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Slabi Empurung, Serian, memasuki hari kelima sejak 27 September lalu.

Menurut kenyataan rasmi Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mangsa, Jambung Ajui, 83 tahun, keluar dari rumah pada 5:30 petang 21 September dan tidak kembali sehingga kini.

Laporan kehilangan dibuat oleh anak mangsa, Stanis John Jambung, kepada pihak polis pada 22 September 2024 jam 8:00 pagi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian turut berkerjasama dengan pelbagai agensi lain seperti PDRM, APM, RELA, dan penduduk kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Operasi hari ini melibatkan lapan anggota BBP Serian dengan sokongan dua anjing pengesan serta bantuan daripada tujuh anggota PDRM, tujuh anggota APM, empat anggota RELA dan an 12 penduduk kampung.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu dalam usaha mencari mangsa.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai