Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki warga Thailand ditahan selepas disyaki menggunakan pangkalan haram untuk memasuki semula Malaysia walaupun memiliki cop kemasukan yang sah melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada Ahad.

Lelaki berusia 30 tahun itu dikesan anggota Task Force Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu ketika menaiki bot dari Thailand sebelum mendarat di pangkalan haram Azizah kira-kira jam 6 petang.

Komander Briged Tenggara, Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan terhadap suspek tidak menemukan sebarang barangan menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, semakan pasport mendapati lelaki itu mempunyai cop kemasukan yang sah ke Malaysia melalui ICQS Rantau Panjang pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat mendapati suspek memasuki Malaysia melalui ICQS Rantau Panjang sebelum berpatah balik ke Thailand.

“Dia mendakwa pulang ke negara itu untuk membeli beberapa barangan bagi diberikan kepada isterinya sebelum memasuki semula Malaysia melalui pangkalan haram,” katanya pada Isnin.

Menurut Ahmad Radzi, siasatan turut mendapati suspek bekerja di sebuah kedai makan di Gambang, Kuantan sejak hampir dua tahun lalu dan memasuki Malaysia bagi tujuan pekerjaan.

Beliau berkata, suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Katanya, PGA akan terus memperhebat rondaan dan pemantauan di kawasan sempadan bagi mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram serta membanteras aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) membawakan Festival Komuniti Havoc di Tawau dan Kota Kinabalu menerusi tayangan skrin besar sempena Piala Dunia FIFA 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu