Kukuh sosioekonomi Ummah, TBS Mukah jalin kerjasama strategik rentas agensi

MUKAH – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Mukah menjalin kerjasama strategik bersama 12 entiti menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 bagi menyantuni golongan asnaf dan memperkasa sosioekonomi ummah.

Program bertemakan Stronger Together itu berfungsi sebagai platform yang mengintegrasikan peranan institusi terbabit bersama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta tempatan.

TBS dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, penglibatan pelbagai organisasi itu mencerminkan komitmen jitu dalam memperluas impak bantuan kepada golongan sasar.

“Antara pengisian utama program berkenaan termasuklah aktiviti Ziarah Marhabah, yang mana peserta menyantuni beberapa keluarga penerima Bantuan Sara Hidup di sekitar daerah ini,” jelas kenyataan tersebut.

Antara entiti yang terlibat ialah Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Mukah, HIKMAH Mukah, Urus Setia Saudara Kita (USK), PERTIGA, Politeknik Mukah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah

Selain mengagihkan sumbangan barangan asas, program turun padang itu memberi ruang kepada penganjur untuk meninjau status kebajikan serta mengkaji keperluan jangka panjang keluarga terbabit.

Bagi menyuburkan budaya kesukarelawanan, aktiviti gotong-royong membaik pulih dan membersihkan kediaman penerima bantuan yang uzur turut dilaksanakan, di samping penggerakan Kempen 1 Asnaf 1 Sejadah.

Pada masa sama, sesi Taklimat Kenali Baitulmal dianjurkan bagi memberi pendedahan meluas kepada masyarakat mengenai peranan serta pelbagai skim bantuan komprehensif TBS.

Jelas TBS, langkah proaktif itu penting bagi meningkatkan pemahaman awam terhadap impak institusinya, sekali gus memupuk keyakinan berterusan pembayar zakat.

Tambahnya, TBS optimis bantuan dapat disalurkan secara lebih mampan dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah