Ibu bapa perlu proaktif lindung, bimbing anak hadapi risiko jenayah siber

MIRI – Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih proaktif sebagai pelindung bagi membimbing anak-anak daripada terjerumus ke dalam kancah risiko jenayah siber di era digital.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Sean Huang Hong berkata, corak kehidupan masyarakat yang dipacu teknologi kini menuntut pendekatan keibubapaan disesuaikan dengan keperluan semasa.

Beliau berkata demikian ketika mewakili ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri menyempurnakan penutupan Seminar Keibubapaan di Era Digital: SMART PARENTING pada Sabtu.

“Anak-anak kini membesar dalam dunia digital. Mereka memperoleh maklumat melalui internet dengan mudah, namun terdedah kepada pelbagai ancaman jika tidak dipantau dengan baik.

“Antara risiko yang semakin membimbangkan termasuk ketagihan gajet, buli siber, penipuan dalam talian serta pendedahan kepada kandungan tidak bermoral yang boleh menjurus kepada eksploitasi kanak-kanak,” katanya.

Susulan itu, beliau menegaskan ibu bapa bukan sekadar penyedia keperluan asas, malah wajar menjadi pembimbing dan pendengar yang sudi belajar bersama-sama anak-anak.

Tambahnya, teknologi bukanlah musuh institusi keluarga, sebaliknya mampu menjadi medium yang mengeratkan hubungan sekiranya digunakan secara beretika berserta komunikasi yang terbuka.

Beliau dalam pada itu berharap segala ilmu perkongsian sepanjang seminar tersebut dapat diaplikasikan bagi mengimbangi penggunaan gajet dan mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Terdahulu, program berkenaan merupakan anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Bahagian Miri dan Bintulu dengan kerjasama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah