Kerajaan tanggung hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun akibat kelemahan pengurusan terdahulu – PM

JOHOR BAHRU – Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung komitmen kewangan hampir RM1 bilion setahun bagi melunaskan hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang berpunca daripada kelemahan pengurusan pentadbiran terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beban kewangan tersebut kini dipikul oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan peneroka dan kelangsungan institusi itu terus terpelihara.

“FELDA pernah menjadi antara agensi pembangunan tanah yang diurus dengan baik, namun perubahan pengurusan selepas itu telah menjejaskan kedudukan kewangan organisasi berkenaan sehingga memberi kesan kepada peneroka.

“Tiap tahun saya kena bayar hutang hampir RM1 bilion. Apa salah peneroka? Dari zaman Raja Alias (bekas Pengerusi Felda Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali), diurus dengan baik. Kemudian datang yang lain, rosak. Yang kena bayar peneroka, kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog Terbuka Belia Johor di FELDA Ulu Tebrau, di sini, malam tadi.

Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan keyakinan terhadap prospek ekonomi Johor yang disokong pelbagai inisiatif pembangunan strategik, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Beliau berkata, kelebihan kedudukan geografi serta potensi ekonomi yang dimiliki negeri itu meletakkan Johor dalam kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara dan rantau ini.

Malah, beliau sekali lagi menyuarakan keyakinan bahawa Johor berupaya berkembang sebagai pusat ekonomi bertaraf antarabangsa seumpama Shenzhen di China.

Menurut beliau, pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dijangka merancakkan lagi pembangunan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pembangunan fizikal dan kemasukan pelaburan berskala besar tidak harus menyebabkan kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, terpinggir.

Sehubungan itu, beliau berpandangan bahawa perubahan di peringkat pentadbiran negeri perlu dilakukan bagi memastikan agenda pembelaan rakyat terus diberikan perhatian sewajarnya.

“Tanggungjawab kita, Johor mesti lakukan perubahan. Negeri ini maju, potensinya besar, tetapi yang perlu adalah beberapa perubahan supaya lebih prihatin terhadap orang yang susah,” katanya.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada siri jelajah kempen Anwar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang melibatkan tujuh lokasi di seluruh negeri.

Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN, melibatkan 20 calon daripada PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

Secara keseluruhan, seramai 172 calon bertanding pada PRN Johor, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen