Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

TEKANAN terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menerima cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, dilihat semakin memuncak.

Ia apabila tiga organisasi media kini menyatakan kesediaan untuk menganjurkan sesi berkenaan.

Selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani menyatakan kesediaan menyediakan platform siaran langsung bagi dialog atau debat antara kedua-dua pemimpin itu,

Hari ini, Sinar Harian turut menawarkan kerjasama dengan mana-mana organisasi media bagi merealisasikan sesi tersebut.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, media tidak seharusnya sekadar menjadi penyampai maklumat.

“Malah perlu menyediakan ruang kepada pemimpin politik menjelaskan idea, dasar serta penyelesaian mereka secara terbuka kepada rakyat,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya semua pihak bersetuju, Sinar Harian bersedia bekerjasama dengan RTM, Astro Awani serta mana-mana platform media lain bagi menjayakan debat atau dialog terbuka membabitkan calon-calon utama Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkembangan itu sekali gus meletakkan tumpuan kembali kepada Onn Hafiz sama ada beliau akan menyahut cabaran Maszlee, memandangkan sebelum ini beliau dilaporkan menolak cadangan untuk berdebat.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR – Semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempercepatkan persiapan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat seawal tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu