JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa Tamil.

Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan bantuan kerajaan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah MITRA, Raveendran Nair Kesavan Nair bersama delegasinya di ibu pejabat JKOM, hari ini.

Menurut Mohd Hisyamuddin, MITRA memainkan peranan penting sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan memantau pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi masyarakat India, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).

“Kerajaan MADANI komited memastikan mesej kerajaan sampai kepada semua rakyat. Tidak kira India, Melayu, Cina, Siam, Iban, Kadayan, Bidayuh, Bajau atau Orang Asli, kita semua adalah tiang seri negara.

“Kepelbagaian kaum merupakan kekuatan Malaysia dan semangat toleransi menjadi asas kepada perpaduan yang terus diperkukuh,” katanya.

Beliau berkata, JKOM dan MITRA turut membincangkan usaha memperluaskan pendekatan komunikasi dengan menghasilkan kandungan serta program dalam bahasa Tamil bagi mendekati masyarakat India secara lebih efektif.

Malah katanya, pihaknya merancang menerbitkan siri podcast JKOM dalam bahasa Tamil bagi memberi penerangan mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI kepada komuniti tersebut.

Mohd Hisyamuddin berkata, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan perlu dibina melalui komunikasi yang jelas, inklusif dan mudah difahami, sekali gus memastikan setiap kaum menikmati manfaat pembangunan negara secara adil dan saksama.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat untuk terus memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menjayakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan generasi masa depan.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti