BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.  

Rata-rata pengguna menyifatkan proses penebusan menggunakan MyKad berjalan lancar dan berkesan meringankan beban perbelanjaan, namun memohon pencerahan berhubung prosedur rayuan bagi permohonan kuota tambahan.

Bagi seorang pekerja swasta, Fakhrullah Yusop, 30, proses penebusan kuota asas sebanyak 200 liter sebulan di stesen minyak didapati amat teratur memandangkan ia diintegrasikan sepenuhnya menerusi kad pengenalan.

Bagaimanapun, dia menjelaskan peruntukan asas tersebut tidak mencukupi untuk menampung penggunaan optimum, terutamanya bagi penduduk yang memandu rentas daerah setiap hari.

“Proses menggunakan MyKad memang sangat okey dan lancar. Namun untuk kegunaan bulanan dengan jarak perjalanan harian dari Kuching ke Kota Samarahan, 200 liter itu tidak mencukupi.

“Saya sedia maklum bahawa kita boleh memohon tambahan 100 liter lagi, namun buat masa ini saya belum memohonnya kerana kurang pasti mengenai cara serta prosedur permohonan yang tepat,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press (TMP) di sebuah stesen minyak di Kuching pada Jumaat. 

Fakhrullah menambah, sekiranya permohonan tambahan tersebut berjaya kelak, jumlah keseluruhan 300 liter sebulan sudah memadai bagi menampung kos perjalanan hariannya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Supan Saman, 43, merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI yang disifatkan tepat pada masanya bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Menurutnya, inisiatif berkenaan membolehkan rakyat merancang perbelanjaan dengan lebih efisien tanpa terbeban dengan kos pengangkutan harian.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan. Kemudahan BUDI MADANI ini sememangnya membolehkan kami berjimat dari segi kos perbelanjaan bulanan,” jelasnya.

Dia turut menegaskan bahawa langkah penyasaran subsidi yang digerakkan oleh pentadbiran semasa itu amat diyakini kerana ia dilihat realistik dalam membantu kelangsungan hidup rakyat.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti