Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

BATU PAHAT – Sokongan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, bukan sekadar diterjemahkan melalui kehadiran pada program kempen, malah beliau mendakwa ramai pengundi turut membantu menggerakkan kempen beliau secara sukarela.

Beliau berkata, sambutan yang diterima sepanjang lima hari berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jauh di luar jangkaan apabila semakin ramai penduduk menyampaikan mesej kempen beliau kepada masyarakat tanpa diminta.

Menurutnya, kebanyakan pengundi di DUN Senggarang memilih untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka, namun tetap memainkan peranan di belakang tabir dalam memastikan mesej PH sampai kepada pengundi lain.

“Penerimaan rakyat di DUN Senggarang sangat luar biasa. Mereka di sini orang yang baik-baik Mereka tidak suka menonjolkan sokongan secara terbuka, tetapi sebenarnya mereka yang berkempen bagi saya

“Setiap pagi saya dapat sokongan daripada whatsApp daripada kumpulan pendidik, imam masjid, ketua kampung semua mengucapkan selamat pagi kepada saya dan mengucapkan saya kemenangan pada 11 Julai ni jadi yang itu saya luar biasa kerana saya tak ada kempen pun, dia orang kempen untuk saya,” katanya kepada media selepas ceramah Jelajah Johor ke depan undi Harapan di pekarangan pekan Senggarang, pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan  sokongan yang disifatkan sebagai ‘senyap’ itu dapat diterjemahkan kepada undi pada 11 Julai ini sekali gus membolehkan PH merampas DUN Senggarang.

Onn yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, beliau juga optimis momentum sama mampu dirasai di beberapa kawasan lain dalam Parlimen Batu Pahat, termasuk Rengit dan Penggaram.

“Saya pun yakin DUN Rengit pun InsyaAllah (menang). Lagipun Parlimen Batu Pahat ni tak asing bagi saya, daripada Penggaram, Senggarang, Rengit dan semua DUN santuni, semua dun saya santuni cuma kali ini saya sulam lah supaya mana yang tak sempat saya dapat, santuni mana- mana yang belum lagi saya bantu,” katanya.

Dalam pada itu, Onn berkata, antara fokus utama kempen PH ketika ini ialah menggalakkan pengundi yang bekerja di luar kawasan, khususnya di Singapura, supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.

“Saya berharap pengundi, terutama anak-anak yang bekerja di Singapura, dapat pulang pada 11 Julai ini. Maklum balas yang saya terima amat menggalakkan dan mudah-mudahan mereka akan pulang beramai-ramai bagi menentukan kemenangan PH di Senggarang, Rengit dan Penggaram,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion