Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

MIRI – Maritim Malaysia menahan sebuah kapal tunda setelah disyaki gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan yang sah di perairan wilayah ini pada Isnin

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal tersebut dikesan berlabuh pada kedudukan 4.6 batu nautika di barat laut Lutong kira-kira jam 3.40 petang.

“Penahanan itu dilakukan hasil pemeriksaan aset ronda Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan Op Permai 01/2019, Op Naga dan Op Tiris 4.0.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tunda itu dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada tiga warga tempatan, tiga warga Indonesia serta masing-masing seorang warga Myanmar dan India,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kapal berkenaan disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 kerana ketiadaan pas pelepasan pelabuhan.

Susulan penemuan tersebut, katanya, kapal tunda itu ditahan dan diiringi ke pangkalan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Miri bagi tindakan lanjut.

“Pemantauan dan pemeriksaan akan dipertingkatkan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, sekali gus memastikan keselamatan, ketenteraman serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” tegasnya.

Mohd Khairol turut mengingatkan komuniti maritim agar memastikan semua dokumen pelayaran, kelulusan operasi dan keperluan perundangan sentiasa lengkap sebelum memulakan sebarang aktiviti di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kecemasan maritim diminta menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri untuk tindakan segera.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua