Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

KUCHING – Syarikat perkhidmatan e-Hailing, Maxim Malaysia memperkukuh komitmen menyokong pembangunan komuniti inklusif dengan menaja program Silent Run 5.0 anjuran Sarawak Deaf Sports Association (SSDeaf) pada Ahad.

Ketua Maxim Kuching, Tan Boon Kai berkata, penglibatan syarikat itu mencerminkan iltizam mereka dalam memberikan peluang sama rata kepada semua golongan masyarakat, khususnya komuniti pekak.

“Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang yang sama untuk menyertai dan berkembang dalam komuniti.

“Sokongan terhadap Silent Run 5.0 adalah langkah untuk membina hubungan yang lebih erat bersama komuniti pekak di Kuching,” katanya pada Rabu. 

Menerusi program tersebut, Maxim menyalurkan dana penajaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, selain menyokong pembangunan atlet pekak di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Acara ini juga menjadi inisiatif kutipan dana bagi menyokong sesi latihan dan penyertaan atlet ke pelbagai pertandingan.

Silent Run 5.0 berjaya menghimpunkan komuniti pekak dan komuniti pendengaran dalam satu platform untuk berinteraksi, memupuk persefahaman serta meraikan kepelbagaian melalui sukan.

Selain sumbangan dana, syarikat berkenaan turut menawarkan kod promosi khas bagi memudahkan pengangkutan peserta ke lokasi acara, di samping mengedarkan kipas tangan bagi memberikan keselesaan sepanjang program berlangsung.

Boon Kai menambah, inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu mencerminkan keazaman Maxim dalam membantu membentuk masyarakat yang lebih inklusif.

Beliau turut berharap kerjasama dengan organisasi tempatan dapat diperluas menerusi pelaksanaan lebih banyak program komuniti dan inisiatif sosial pada masa akan datang.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan