Kelantan terus jadi tumpuan kemasukan Rohingya, bimbang jadi alat sindiket jenayah

KOTA BHARU – Etnik Rohingya yang memasuki negara ini secara haram berisiko menjadi alat kepada sindiket jenayah bagi menjalankan pelbagai kegiatan jenayah termasuk penyeludupan migran dan pengedaran dadah.

Kebimbangan itu disuarakan penganalisis jenayah dan pakar kriminologi, Shahul Hamid Abdul Rahim susulan pendedahan Polis Kelantan mengenai peningkatan kemasukan warga Myanmar termasuk etnik Rohingya ke negeri itu melalui laluan laut.

“Ketua Polis Kelantan, Mohd. Yusoff Mamat sebelum ini memaklumkan hampir setiap hari warga Myanmar termasuk etnik Rohingya cuba menyeludup masuk ke Kelantan melalui Tak Bai, Thailand.

“Etnik Rohingya kini mengubah modus operandi dengan menggunakan laluan laut selepas penutupan pangkalan haram di Sungai Golok hampir dua tahun lalu,” katanya.

Mengulas perkembangan itu, Shahul Hamid berkata, golongan berkenaan berpotensi menjadi ‘kuda tunggangan’ sindiket jenayah kerana desakan hidup dan keperluan mendapatkan sumber pendapatan.

Beliau berkata, ada antara mereka mungkin sanggup menerima upah untuk melakukan jenayah termasuk menjadi keldai dadah sebelum melarikan diri ke negara jiran.

“Mereka boleh bersembunyi di negara ini atau melarikan diri ke Thailand selepas melakukan jenayah dengan berselindung di sebalik kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Rakyat tempatan yang terbabit dengan sindiket berkemungkinan menggunakan etnik Rohingya bagi melakukan jenayah kerana pihak berkuasa sukar mengesan kedudukan mereka,” katanya.

Shahul Hamid berkata, kebanyakan kes jenayah membabitkan etnik Rohingya dilaporkan berlaku dalam komuniti mereka sendiri dan tidak membabitkan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, beliau berkata, golongan itu boleh menjadi ancaman sekiranya dipergunakan oleh sindiket jenayah yang menawarkan ganjaran untuk melakukan kegiatan menyalahi undang-undang.

Beliau turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN memainkan peranan lebih aktif bagi mencari penyelesaian jangka panjang termasuk menempatkan pelarian Rohingya di negara ketiga.

Sebelum ini. Mohd Yusoff mendedahkan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan berikutan faktor keselamatan, peluang pekerjaan, agama serta kehadiran ahli keluarga yang telah menetap di negara ini.

Mohd. Yusoff berkata, setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar dipercayai sanggup membayar sehingga RM6,000 kepada ejen untuk menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan laut.

Beliau berkata, sebanyak 689 kes melibatkan 1,458 individu etnik Rohingya direkodkan di Kelantan sejak tahun lalu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan migran, pecah rumah dan jenayah kekerasan.

Foto : Kosmo

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari