2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

KYLIAN Mbappe meledak dua gol ketika Perancis menewaskan Sweden 3-0 dalam saingan pusingan 32 terbaik Piala Dunia bagi mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik bertemu Paraguay.

Dalam perlawanan di Stadium MetLife, New Jersey dan disaksikan lebih 80,000 penonton, Perancis mempamerkan aksi dominan sepanjang permainan dengan penguasaan bola selain mencipta banyak peluang jaringan.

Mbappe membuka jaringan sebelum tamat babak pertama selepas menyempurnakan gerakan menarik yang direncana rakan sepasukan.

Pemain sayap Crystal Palace, Michael Olise, sekali lagi menjadi watak penting apabila mencipta gol kedua untuk Bradley Barcola pada minit ke-53.

Dia kemudian menghadiahkan satu lagi hantaran berkualiti kepada Mbappe yang menyempurnakan gol ketiga Perancis pada minit ke-74.

Dua gol yang dijaringkan Mbappe menyaksikan kapten Perancis itu kini mengumpul enam gol dalam perebutan Kasut Emas Piala Dunia, menyamai jumlah jaringan Lionel Messi pada kejohanan kali ini.

Related Posts

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

PENANTIAN 40 tahun Mexico meraih kemenangan di pusingan kalah mati Piala Dunia berakhir apabila dua jaringan babak pertama oleh Julian Quinones dan Raul Jimenez memastikan kemenangan 2-0 ke atas Ecuador…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

NORWAY menewaskan Ivory Coast 2-1, kemenangan pertama mereka pada aksi kalah mati Piala Dunia. Kejayaan itu diraikan pemain dan penyokong menerusi sambutan ikonik Viking Row yang dikendalikan Martin Odegaard menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma