Sabotaj bakar bendera PH di Paloh cubaan takutkan pengundi

PALOH – Kejadian beberapa bendera Pakatan Harapan (PH) dibakar di dua lokasi berasingan di kawasan berkenaan merupakan cubaan untuk menakutkan pengundi dan penyokong sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Pakatan Harapan (PH) , Dr Ruban Arumugam berkata, perbuatan itu bukan sahaja tidak beretika dan tidak bertanggungjawab, malah merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Menurut colan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, tindakan itu juga merupakan cubaan serius untuk mencemarkan proses demokrasi sepanjang tempoh berkempen yang akhirnya akan ditentukan di peti undi.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, saya sentiasa mengekalkan standard kempen yang bersih dan penuh hormat terhadap lawan politik saya.

“Perbezaan ideologi dan prinsip politik tidak seharusnya diterjemahkan melalui perbuatan vandalisme, politik ketakutan, kebencian, ugutan atau kempen memburuk-memburukkan mana-mana pihak,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ruban berkata, kejadian pertama dikesan petang semalam selepas beliau dimaklumkan oleh anggota pasukan kempennya bahawa dua bendera PH di Sentral Paloh dibakar sehingga hanya tinggal batang kayu, manakala dua lagi mengalami kesan terbakar di bahagian tepi.


“Saya segera bergegas ke lokasi bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Kasthuri Patto, untuk melihat sendiri tahap kerosakan yang berlaku dan turut mendapati terdapat sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kediaman berhampiran.

“Kami berharap rakaman yang jelas dapat diperoleh bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan menyiasat pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Ruban berkata, seorang anggota jentera PH yang juga Pegawai Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) telah membuat laporan di Balai Polis Paloh berhubung kejadian tersebut.

Beliau menegaskan, beberapa jam kemudian polis memaklumkan satu lagi kejadian membabitkan pembakaran bendera PH turut berlaku di Chamek yang juga terletak dalam DUN Paloh.

“Perkara ini terjadi pada tempoh berkempen bagi PRN Johor, yang bermula dengan hari penamaan calon pada Sabtu, 27 Jun, dan berakhir pada hari pengundiab ditetapkan pada 11 Julai. Tindakan ini mesti dihentikan dengan serta-merta.

“Saya menyeru semua penyokong dan jentera DAP serta PH agar terus berpegang teguh kepada prinsip kempen yang sihat, dalam keadaan tenang, serta tidak bertindak secara melulu atau melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, Ruban menggesa Polis Johor menjalankan siasatan menyeluruh dan telus bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab agar tindakan segera terhadap individu atau pihak yang bertanggungjawab dapat diambil mengikut lunas undang-undang.

“Saya turut menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengambil perhatian serius terhadap insiden yang amat dikesali ini dan memastikan proses kempen pilihan raya dapat berlangsung dengan aman, teratur dan lancar,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula