Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penganjuran mesyuarat itu menjadi satu penghormatan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk menerima dan meraikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta semua delegasi.

“Sebelum meneruskan agenda dan perbincangan rasmi berkaitan pelaksanaan MA63, Kerajaan Negeri Sabah mengambil kesempatan mengadakan majlis makan malam bagi memperkenalkan kekayaan budaya dan kesenian negeri itu kepada para tetamu.

“Sabah merupakan negeri yang kaya dengan kepelbagaian suku kaum, bahasa, adat dan tradisi. Kepelbagaian inilah yang telah membentuk identiti Sabah dan menjadi sebahagian daripada kekayaan Malaysia yang kini kita kongsi bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Khamis.

Menurut Hajiji, pertemuan itu turut membawa makna istimewa kerana perbincangan mengenai pelaksanaan MA63 akan diteruskan pada mesyuarat MTPMA63 di SICC esok.

“Meskipun masih terdapat perkara yang memerlukan perbincangan lanjut, hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah kekal menjadi asas penting dalam usaha mencari penyelesaian bersama.

“Lebih bermakna lagi, kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-63 dalam beberapa hari lagi,” ujarnya.

Hajiji berkata, semangat kebersamaan yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada 1963 perlu terus dipelihara sebagai asas hubungan antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

“Saya berharap suasana pada majlis berkenaan menjadi pembuka yang baik kepada perbincangan MTPMA63 dalam semangat kekeluargaan Malaysia serta saling menghormati,” jelasnya.

Majlis makan malam itu turut menampilkan persembahan kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian suku kaum, bahasa, adat dan tradisi Sabah.

Related Posts

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

KOTA KINABALU – Projek tebatan banjir fasa dua Kampung Rampayan, Sepanggar perlu diberi keutamaan dan dipercepatkan bagi menangani masalah banjir yang berulang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini