Zambry naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, tinjau kemudahan baharu permudah mobiliti pelajar

SHAH ALAM – Kemudahan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah memberi impak besar kepada ribuan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk urusan harian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata demikian setelah menaiki sendiri perkhidmatan itu ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini.

Menerusi kemas kini Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Zambry memulakan perjalanan dari Stesen Stadium Shah Alam menuju ke Stesen UiTM Shah Alam bersama rombongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM.

“Pengalaman menggunakan LRT3 memberi peluang untuk melihat sendiri tahap kesalinghubungan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang yang semakin baik, selain memahami manfaat yang dinikmati pengguna, khususnya warga institusi pengajian tinggi,” katanya.

Turut menyertai lawatan itu Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib; pegawai Prasarana Malaysia Berhad serta Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam, Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali.

Terdahulu, projek LRT3 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh rangkaian pengangkutan awam, meningkatkan kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Foto: UiTM

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP