Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Krisis yang berterusan di Asia Barat dijangka memberi tekanan kepada kos pengeluaran sektor pertanian dan harga makanan negara apabila kos baja diunjurkan meningkat antara 15 hingga 20 peratus, manakala harga makanan sekitar lapan peratus.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jangkaan itu dibuat berikutan kebergantungan Malaysia terhadap import baja yang masih tinggi, dengan 63 peratus daripada keperluan negara diperoleh dari luar.Beliau berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara sektor yang paling terkesan kerana mempunyai kemampuan kewangan yang lebih terhad berbanding syarikat berskala besar.

Menurutnya, peningkatan kos input dijangka memberi kesan lebih cepat kepada aliran tunai PMKS sekiranya konflik berpanjangan.

“Justeru, kerajaan memberi perhatian khusus kepada keterjaminan bekalan barangan keperluan, kawalan harga barangan asas dan peningkatan kecekapan saluran pengedaran bagi mengurangkan kesan kenaikan harga kepada rakyat.

“Risiko pekerjaan juga dipantau rapi. Tekanan kepada pasaran buruh bukan hanya berpunca akibat kenaikan harga, tetapi didorong permintaan global lebih perlahan, kelemahan pasaran eksport dan tekanan kepada operasi perniagaan.

“Namun, risiko itu masih rendah untuk Malaysia memandangkan prestasi penyertaan tenaga buruh masih stabil walaupun terdapat sedikit peningkatan kadar pengangguran iaitu 2.9 peratus pada April 2026, kepada tiga peratus bulan lalu.

“Kerajaan juga sedang memantau rapi keadaan ini supaya sebarang perubahan dapat ditangani lebih awal,” katanya ketika sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan Rakyat, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, kerajaan memperhebat pemantauan harian terhadap bekalan dan harga barangan keperluan bagi memastikan bekalan domestik kekal mencukupi serta mengelakkan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Katanya, kerjasama erat turut dijalinkan bersama PETRONAS dan pemain industri bagi memantau kedudukan stok serta mengaktifkan langkah kontingensi untuk memastikan keperluan pengguna dan sektor ekonomi utama terus terpelihara.

“Bagi menyokong PMKS dan industri, kerajaan turut memberi tumpuan kepada operasi firma dan industri tempatan menerusi penyediaan pelbagai bentuk sokongan kewangan serta insentif bersasar dalam rantaian input kritikal.

“PMKS terjejas menerima sokongan aliran tunai bernilai RM5 bilion melalui ‘BNM SME Stabilisation Relief Facility’ dan ‘SME SRF’, selain diskaun kadar sewaan antara 20 hingga 50 peratus turut dilaksanakan bagi premis perniagaan milik kerajaan.

“Sektor logistik dan pengangkutan darat pula dibantu melalui penambahbaikan kuota di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi mengekang ketirisan tanpa menjejaskan kestabilan rantaian bekalan domestik,” katanya.

Related Posts

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai tanggungjawab untuk secara automatik menanggung sebarang keperluan pembiayaan tambahan yang timbul daripada keputusan kerajaan negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengumuman projek atau dasar baharu dibuat selepas hari penamaan calon bagi sesuatu pilihan raya selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah