Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam selama sebulan bermula jam 6 pagi esok.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan pembukaan LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan bersetuju memberikan tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam termasuk bas perantara bermula 29 Jun hingga 31 Julai sebagai penghargaan kepada rakyat serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Untuk tempoh 29 Jun hingga 31 Julai, tambang perkhidmatan Laluan Shah Alam termasuk bas perantara akan diberikan secara percuma selama sebulan,” katanya.

LRT3 Laluan Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer kini siap sepenuhnya dan bersedia beroperasi.

Projek bernilai RM16.63 bilion itu merupakan antara pelaburan strategik kerajaan bagi memperkukuh sistem pengangkutan awam negara serta meningkatkan kesalinghubungan di Lembah Klang.

Laluan berkenaan mempunyai 20 stesen yang menghubungkan Johan Setia hingga Bandar Utama dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk yang tinggal serta bekerja di sepanjang jajaran tersebut.

Pembukaan LRT3 dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan menyediakan alternatif pengangkutan awam yang lebih cekap kepada penduduk di Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

KLANG – Kerajaan mengesahkan pembinaan lima stesen baharu bagi Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akan bermula hujung tahun ini bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

KUALA TERENGGANU – Cadangan pelaksanaan dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) dilihat berpotensi meningkatkan produktiviti serta keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi penjawat awam. Tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP) mendapati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok