Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

AHLI Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim melahirkan rasa syukur dan terharu dengan penerimaan positif yang diberikan peduduk kepada calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Nor Mohd Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata, Mohd Nor disambut mesra oleh penduduk di sekitar DUN Gambir pada sesi walkabout semalam.

Menurutnya, sambutan positif itu juga disebabkan Mohd Nor yang merupakan Naib Ketua Cabang PKR Ledang bukan wajah asing dalam kerja-kerja kemasyarakatan khususnya di Ledang.

“Penglibatan aktif bersama komuniti selama ini menjadi asas kepada tawaran Pakatan Harapan untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor menerusi calon No.2 (Mohd Nor) kita ini.

“Semoga kekuatan untuk Mohd Nor dalam mengambil amanah untuk berkhidmat kepada seluruh warga Gambir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada PRN Johor kali ini, Mohd Nor akan bersaing dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang, Sahrihan Jani dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Suraya Sulaiman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada PRN Johor lalu, Sahrihan memenangi kerusi DUN Gambir dengan majoriti 3,088 undi selepas memperoleh 7,960 undi dalam persaingan empat penjuru.

Beliau menewaskan calon PKR, Na’im Jusri yang mendapat 4,509 undi; Mohd Solihan Badri (PN-4,814 undi) dan Suraya (Pejuang-220 undi).  

Related Posts

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

KLUANG – Hanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

MUAR – Keputusan Pas untuk tidak membantu kempen Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini disifatkan telah memberikan sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16