Maritim rampas bot pancing lakukan aktiviti bom ikan

KOTA KINABALU – Sebuah bot pancing bersama-sama dengan lebih kurang 400 kilogram ikan pelbagai spesies dirampas dalam operasi rondaan bot Maritim berhampiran Pulau Sepanggar di sini pada baru-baru ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot tersebut dirampas pada jarak lebih kurang 0.17 batu nautika Timur Laut Pulau Sepanggar.

“Menyedari kehadiran bot ronda maritim, empat orang lelaki yang berada atas bot pam tersebut nekad terjun ke laut dan berenang ke daratan berhampiran bagi mengelak daripada diperiksa Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemui beberapa peralatan lain beserta pelbagai spesies ikan anggaran lebih kurang 400 kg yang dipercayai dibom.

“Hasil siasatan awal ke atas sampel ikan yang terdapat di atas bot terbabit mendapati organ dalaman ikan tersebut hancur disyaki impak daripada aktiviti mengebom,” katanya menerusi kenyataan media, pada Khamis.

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan dalam anggaran berjumlah RM50 ribu.

Beliau menasihatkan komuniti maritim agar tidak melakukan aktiviti menangkap ikan yang melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Katanya, aktiviti mengebom merupakan satu kesalahan serius kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada ekosistem lautan dan mengakibatkan habitat hidupan laut semakin terjejas.

Justeru, orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat kelakuan jenayah laut kepada Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran