DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

KUCHING – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak tampil menjelaskan pendirian berhubung isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dengan menzahirkan penghargaan penuh terhadap komitmen kerajaan Sarawak.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching, Nicholas Wung Duk Ying, Timbalan Ketua DAPSY Sarawak, Jordan Soo berkata, pihaknya sentiasa mengiktiraf usaha keras Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam merealisasikan aspirasi tersebut.

Menurutnya, pengambilalihan pelabuhan itu adalah satu kejayaan bersejarah yang dicapai menerusi sinergi dan kerjasama erat antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan di bawah payung kerajaan Perpaduan.

“Saya telah menyatakan pendirian dengan jelas; apabila kerajaan Sarawak wajar diberi pengiktirafan atas usaha mereka, kita iktiraf sepenuh hati. Begitu juga dengan peranan Kerajaan Persekutuan yang turut bersama-sama melancarkan proses ini.

“Kejayaan ini adalah hasil pemuafakatan yang tidak wajar dipisahkan, sebaliknya perlu diraikan demi kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Jordan berkata, kelancaran proses pemindahan status pelabuhan terbabit turut disokong oleh penyelarasan di peringkat kementerian Persekutuan, terutamanya Kementerian Pengangkutan yang membantu menguruskan aspek perundangan dan pentadbiran.

Jelasnya, penyerahan Pelabuhan Bintulu itu akhirnya berjaya direalisasikan hasil kesefahaman serta hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Premier Sarawak.

Sementara itu, menyentuh mengenai penyerahan pampasan RM1.8 bilion, beliau menjelaskan bahawa struktur bayaran tersebut diuruskan secara profesional membabitkan nilai aset, hak operasi, serta mekanisme pemindahan institusi yang komprehensif.

“Rakyat Sarawak pastinya mahukan kelancaran dalam pelaksanaan hak-hak negeri, dan ia paling baik dicapai menerusi keharmonian politik.

“Politik matang bermakna kita saling menghargai peranan yang dimainkan oleh setiap pihak dalam kelancaran proses institusi ini demi masa depan Sarawak yang lebih gemilang,” tambahnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP