PORT DICKSON β Keprihatinan kerajaan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk Sumbangan Rahmah MADANI, mendorong sebahagian rakyat menyuarakan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi mandat memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Rata-rata orang ramai yang ditemui memaklumkan pendekatan Anwar yang disifatkan sentiasa mendengar keluhan rakyat, tidak meminggirkan golongan memerlukan serta berusaha memperbaiki kelemahan dalam pentadbiran menjadi faktor utama pemimpin itu wajar dikekalkan bagi meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan negara.
Penerima Sumbangan Rahmah MADANI,
Munawan Atmo, 60, dari Kampung Chuah, berkata, bantuan diterimanya amat bermakna kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian, khususnya bagi keperluan asas keluarga.
“Saya berterima kasih kepada Kerajaan dan Anwar Ibrahim kerana telah memberi sumbangan rahmah MADANI yang sangat membantu meringkan beban saya. Bantuan seperti beras ini amat bermakna
“Sumbangan atau insiatif seperti ini membuktikan keprihatinan kerajaan dan mencerminkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meminggirkan rakyat dan sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.
Menurut beliau, bantuan sedemikian membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan rakyat, terutama mereka yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar.
Atas dasar tersebut, Munawan berpandangan, Anwar terus diberi mandat memimpin negara selepas PRU16 kerana percaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dalam pentadbiran bagi memastikan setiap isu yang dihadapi rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan.
“Anwar Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Perdana Menteri, saya memang sentiasa menyokong kerajaan Anwar Ibrahim. Kenapa ada orang benci dia. Dia dah buktikan dia banyak jaga kebajikan kita. kalau tidak (Anwar jadi Perdana Menteri) mungkin kita tidak dapat menikmati lagi pelbagai bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Seorang lagi penerima dari Bukit Pelanduk, S Chitraah, 45, turut berharap inisiatif seperti Sumbangan Rahmah MADANI diteruskan kerana memberi manfaat besar kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berpendapat, kerajaan di bawah pimpinan Anwar dilihat lebih peka terhadap kesusahan rakyat menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif yang diperkenalkan sejak kebelakangan ini.
“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur dan kerajaan kerana telah memberikan bantuan seperti ini. Saya amat menghargai dan mengharapkan agar bantuan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dalam membantu orang yang memerlukan seperti kami.
“Perdana Menteri, Anwar perlu dikekalkan dia memang banyak bagi bantuan dan inisiatif berbanding kerajaan dahulu. Lepas PRU (Pilihan Raya Umum) saya memang mahu dia lagi jadi Perdana Menteri, bukan orang lain. Terima kasih Anwar Ibrahim, anda seorang Perdana Menteri prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Sementara itu, Wong Che Kuat, 47, dari Kampung Chuah berkata, bantuan diterimanya memberi ruang untuk beliau menguruskan semula kewangan keluarga selepas sebelum ini terpaksa mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak-anak akibat kekangan pendapatan.
Menurut beliau, penjimatan hasil bantuan itu membolehkan lebihan wang disalurkan kepada keperluan anak-anak, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada keluarganya.
“Saya berterima kasih dengan bantuan Rahmah MADANI, banyak saya boleh jimat untuk saya gunakan dalam memberi duit belanja lebih kepada anak saya, sebelum ini diorang saya terpaksa potong belanja sekolah disebabkan kena potong gaji. Dengan bantuan ini, saya memang menarik nafas lega.
“Kita perlu sentiasa sokong Anwar dan kerajaan Madani. Ada kebenaran kita harus kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang.
“Biarkan dia lebih lama memerintah agar kebajikan kesusahan rakyat dapat diamati sepenuhnya. Hanya Anwar Perdana Menteri yang benar-benar memahami permasalahan rakyat secara holistik,” katanya.





