Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI

KUCHING – Kerajaan mengumumkan dua penambahbaikan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel termasuk peluasan penyaluran kepada peniaga kecil, selain memaklumkan kesiapsiagaan 4,146 stesen minyak di seluruh negara.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penambahbaikan itu diputuskan hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat bagi memastikan maklum balas rakyat disantuni.  

Menurut beliau, penambahbaikan pertama melibatkan peluasan penyaluran subsidi kepada peniaga kecil yang memiliki kenderaan diesel jenis jip dan pikap.  

“Kedua, semakan pelarasan kadar kuota tetap dilaksanakan ke atas beberapa jenis kenderaan pengangkutan darat barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).  

“Pelarasan kuota tetap ini mengambil kira faktor teknikal seperti Berat Dengan Muatan (BDM), kapasiti enjin, kategori lori, tahap penggunaan bahan api serta pola operasi kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.  

Armizan berkata, kemudahan itu kini dipanjangkan kepada kenderaan yang didaftarkan atas nama perniagaan atau syarikat di bawah kod kegunaan persendirian perniagaan

Dalam perkembangan sama, menyentuh mengenai pelaksanaan bantuan subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), Armizan mengesahkan bahawa sebanyak 4,146 stesen minyak di seluruh negara telah bersedia menjelang pelaksanaan penuhnya pada 1 Julai ini.  

Beliau berkata, ia merangkumi penglibatan 10 buah syarikat minyak iaitu PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Five, Smart Stream, Xcel, PETROS dan IPTB hasil kerjasama erat bersama pihak kerajaan.  

“Kementerian komited memastikan pelaksanaan mekanisme ini membolehkan rakyat mendapat akses untuk memanfaatkan bantuan subsidi bahan api dengan lancar, selamat dan mesra pengguna,” ujarnya. 

Related Posts

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

GEORGE TOWN – Seorang nelayan lemas selepas terjatuh dari bot semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Betong di sini, Rabu lalu. Mayat, Tang Chin Khoon, 51, dijumpai pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

BELURAN – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sapi berharap lebih banyak program berasaskan komuniti terus diperluaskan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, selain menjadi platform menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital

Hari Bekerja Hibrid pemangkin transformasi ekonomi digital