Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu.

Turut hadir memberi sokongan kepada calon anak jati Johor itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man di Pusat Penamaan Calon, Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya di sini.

Chiew dalam satu kenyataan berkata, sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh akar umbi itu membuktikan kesediaan jentera PH untuk terus berkhidmat dan membawa agenda pembangunan di kawasan tersebut.

“Gabungan kelayakan akademik, pengalaman korporat serta kepemimpinan politik yang dimiliki oleh Soraya diyakini mampu menjadikannya wakil rakyat yang berkesan.

“Beliau merupakan seorang tokoh yang berwibawa, dinamik dan suara terbaik dalam memperjuangkan kepentingan penduduk DUN Sungai Balang,” katanya.

Menyentuh mengenai latar belakang calon, Soraya berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Maritim dari University of Southampton dan Diploma Pengurusan Perkapalan dari Netherlands Maritime Institute of Technology.

Selain berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Anak Kapal Marine Service, beliau turut aktif dalam arena politik dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Srikandi Malaysia dan Ketua Srikandi Johor.

Sehubungan itu, Chiew menyeru para pengundi untuk memberikan mandat kepada calon PH bagi memastikan kelangsungan agenda pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat tempatan dapat diteruskan.

Related Posts

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

PASIR PUTEH – Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Myanmar memasuki negara ini melalui laluan laut dipatahkan Maritim Malaysia dalam operasi di Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

KUCHING – Pembentangan usul persempadanan semula bagi penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Parlimen dijangka tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kekangan prosedur. Timbalan Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok