Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

SEPANYOL menjuarai Kumpulan H selepas menewaskan Uruguay 1-0 sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Dunia manakala pasukan kendalian Marcelo Bielsa itu tersingkir daripada kejohanan.

Sepanyol menamatkan saingan dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri, sementara pendatang baharu Cape Verde meraih satu slot ke pusingan kalah mati selepas mencatat tiga keputusan seri berturut-turut.

Uruguay pula sekadar mengumpul dua mata, sama dengan Arab Saudi di tangga tercorot.

Sepanyol bergelut untuk menembusi benteng pertahanan Uruguay sebelum Alex Baena membuka tirai jaringan menjelang rehat selepas percubaannya gagal diselamatkan penjaga gol Fernando Muslera.

Uruguay menggantikan Muslera pada babak kedua selepas kesilapannya itu, namun walaupun terus memberi tekanan, mereka gagal menembusi gawang Sepanyol yang dikawal Unai Simon.

Kad merah Agustin Canobbio pada masa kecederaan susulan terjahan keras ke atas Pau Cubarsi melengkapkan kekecewaan Uruguay ketika Sepanyol mudah mempertahankan kelebihan hingga wisel penamat.

Related Posts

Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Perancis muncul juara kumpulan I Piala Dunia FIFA selepas meleburkan cabaran dan impian Norway dalam aksi pada awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ecuador kejutkan Jerman, menang 2-1

ECUADOR yang dalam keadaan terdesak mengejutkan Jerman 2-1 untuk menghidupkan semula kempen Piala Dunia mereka dan melayakkan diri ke pusingan 32 terakhir. Memerlukan kemenangan atau keajaiban untuk terus menghidupkan harapan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis