SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan beberapa acara istiadat sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai langkah penjimatan kos, selaras dengan hasrat menganjurkan temasya secara lebih berhemah tanpa menjejaskan prestijnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu akan memberi lebih ruang kepada penganjuran aktiviti sukan di setiap lokasi pertandingan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah serta menarik kehadiran penyokong dan orang ramai.

“Kita akan mengurangkan beberapa acara istiadat. Sebaliknya, fokus diberikan kepada aktiviti sukan di setiap lokaliti dan venue supaya lebih ramai penonton serta penyokong hadir memeriahkan temasya

“Walaupun beberapa acara istiadat dikurangkan, kualiti penganjuran dan kemeriahan temasya tetap menjadi keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mahu penganjuran SUKMA 2026 dilaksanakan secara berhemat dengan penggunaan dana awam yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata Selangor turut memperkukuhkan persiapan SUKMA menerusi penglibatan sukarelawan dalam skala besar.

“Alhamdulillah, kita telah memutuskan untuk menggerakkan seramai 10,000 sukarelawan berdaftar. Sebelum ini kita menerima kira-kira 30,000 permohonan dan daripada jumlah itu, 10,000 akan dipilih untuk bertugas sepanjang temasya,” katanya.

Beliau yakin penglibatan sukarelawan yang ramai bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan temasya, malah mampu menyuntik semangat kepada atlet dan memeriahkan suasana di semua venue pertandingan.

Selangor bakal menjadi tuan rumah SUKMA ke-22 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan acara dipertandingkan di semua sembilan daerah negeri itu, kecuali acara berbasikal trek yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Temasya PARA SUKMA 2026 pula dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 14 September depan.

Related Posts

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

LIMBANG – Program Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026 Peringkat Parlimen Limbang menjadi platform penting bagi mencungkil bakat dan membina keyakinan diri kanak-kanak menerusi pembangunan holistik. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan pelancong global

SEMPORNA – Kerajaan Sabah sedang merangka pelbagai program berimpak tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2027 yang dijangka menjadi pemangkin jenama Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan pelancong global

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan  pelancong global

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti