Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Tan Sri Dato’ Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Istana Negara, pada Rabu

Menurut Avinderjit, sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya kepada mangsa tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat dan kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan.

“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh penyelarasan bantuan kebajikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambahnya, usaha itu termasuk pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara.

Terdahulu, pada 16 April 2026, kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat memusnahkan lapan rumah dan menjejaskan 67 mangsa.

Sementara itu, kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pada 18 April melibatkan 1,050 rumah dan menjejaskan 914 Ketua Isi Rumah (KIR)

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI jamin bekalan bahan api negara kekal stabil

KUCHING – Lonjakan bil subsidi bahan api negara kepada RM4.9 bilion pada April lalu ekoran ketegangan geopolitik di Asia Barat mendesak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bagi melindungi kestabilan ekonomi rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu mabuk sebabkan kematian, pendakwaan tertakluk kuasa Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR – Sebarang pertuduhan jenayah berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya mengikut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan