Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki menikam suaminya sehingga parah dalam satu insiden pergaduhan di sini, pada Isnin.

Menurut kenyataan media Polis Daerah Kota Samarahan hari ini, insiden berdarah yang berlaku pada waktu petang itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian perut selepas ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.

“Tangkapan ke atas suspek yang berusia 31 tahun itu dilakukan oleh anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kota Samarahan sejurus selepas menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, suspek pada mulanya dikesan berada di Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialaminya pada bahagian kening kanan.

“Bagaimanapun, sejurus selesai menerima rawatan di fasiliti kesihatan berkenaan, wanita itu terus dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” tambah kenyataan tersebut.

Selain penahanan suspek, pihak polis turut merampas satu unit topi keledar berwarna biru yang dipercayai berkaitan dengan kes pergaduhan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.

Setakat ini, tiada sebarang insiden kekerasan dilaporkan berlaku semasa proses tangkapan dijalankan oleh pihak berkuasa ke atas suspek.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kini sedang giat diteruskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Kota Samarahan.

Related Posts

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

SEMPORNA – Sebanyak 6,850 liter minyak petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan di kawasan rumah tidak bernombor, perkampungan atas air di Kampung Mesra, pada Isnin. Kementerian Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

SANDAKAN – 5 Lima lelaki berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka karam dipercayai dipukul ombak besar di perairan Pulau Nunuyan, dekat sini, petang Ahad. Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter