Messi sumbat 2 gol, bantu Argentina kalahkan Austria

KAPTEN Argentina, Lionel Messi muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika membantu pasukan itu menang 2-0 ke atas Austria pada aksi Kumpulan J bagi edisi 2026.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Dallas awal pagi tadi, dua jaringan dilakukan pada minit ke-38 dan 95 menyaksikan pemenang Ballon d’or lapan kali itu kini mengumpul 18 gol Piala Dunia, memintas rekod 16 gol milik legenda Jerman, Miroslav Klose.

Bagaimanapun, Messi pada awalnya bermula dengan rentak sumbang apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti di minit kelapan apabila sepakan yang dilakukan langsung tidak menepati sasaran.

Kemudiannya, Argentina terus melakukan asakan demi asakan ke arah pintu gol Austria dan saat ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-38 selepas menerima hantaran Facundo Medina.

Tersentak dengan gol pendahuluan, Austria kemudiannya memperkemaskan permainan dan melakukan serangan demi serangan, namun buntu untuk menembusi pintu gol Argentina sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Argentina dan Austria saling berbalas serangan dengan kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan kedudukan 1-0, Messi sekali lagi mempamerkan magis apabila meledak gol kedua selepas melakukan tindakan susulan sebaik sahaja percubaan pertamanya diselamatkan.

Kemenangan itu turut mengesahkan kemaraan Argentina ke pusingan kalah mati apabila sudah mengumpul enam mata hasil dua kemenangan selain belum melepaskan sebarang gol pada edisi kali ini.

Related Posts

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

MALAYSIA tumbang 0-2 di tangan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi. Ini menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah