Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

SANDAKAN – 5 Lima lelaki berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka karam dipercayai dipukul ombak besar di perairan Pulau Nunuyan, dekat sini, petang Ahad.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada kira-kira pukul 5.15 petang memaklumkan sebuah bot karam di kedudukan 0.1 batu nautika di utara Pulau Nunuyan.

“Kesemua mangsa berusia antara 38 hingga 59 tahun itu keluar dari Jeti Nelayan Karamunting pada jam 6 pagi bagi menjalankan aktiviti memancing di sekitar perairan berkenaan.

“Bot yang dinaiki mereka dipercayai karam selepas dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan pulang sebelum bantuan kecemasan dimohon daripada Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Tambah Muhamad Suhairy, susulan itu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengatur gerak Bot Banggi 44 dan Bot Cenderawasih 04 ke lokasi bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

“Hasil tindakan pantas anggota dan aset Maritim Malaysia, kesemua mangsa berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami keletihan serta kesejukan,” katanya.

Tambahnya lagi, Maritim Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan bantuan kepada komuniti maritim yang berdepan kecemasan di laut.

“Pengguna bot dan komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dengan memastikan bot berada dalam keadaan baik, membawa peralatan keselamatan mencukupi serta memakai jaket keselamatan sepanjang berada di laut.

“Mereka juga perlu sentiasa memantau keadaan cuaca dan memastikan bot tidak melebihi had muatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Sebarang kecemasan atau kejadian di laut boleh dilaporkan menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 untuk tindakan segera.

Foto: Maritim Sandakan

Related Posts

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

SEMPORNA – Sebanyak 6,850 liter minyak petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan di kawasan rumah tidak bernombor, perkampungan atas air di Kampung Mesra, pada Isnin. Kementerian Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki menikam suaminya sehingga parah dalam satu insiden pergaduhan di sini, pada Isnin. Menurut kenyataan media Polis Daerah Kota Samarahan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter