Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi dicemari pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen (PN) Pendang, Datuk Awang Hashim dan Ahli Parlimen (PH) Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan saling berbalas sindiran berhubung isu pematuhan peraturan Dewan dan dakwaan mengajak individu lain bertumbuk.

Kekecohan bermula apabila Awang memulakan pertikaian dengan menemplak Mohd Sany yang didakwanya bangun bercakap tanpa mematuhi aturan mesyuarat dengan mendapatkan kebenaran Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dalam tegurannya, Awang menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk “penyakit mental” dan secara sinis mencadangkan supaya individu terbabit mendapatkan khidmat kaunselor profesional.

Bagaimanapun, kenyataan itu segera mengundang reaksi Mohd Sany yang membidas semula dengan mengungkit insiden terdahulu membabitkan Awang yang didakwa mengajak Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, bertumbuk di dalam kawasan Parlimen.

“Itu pun sakit mental juga,” katanya.

Awang bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sambil menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk bergaduh, sebaliknya hanya mahu berbincang dengan Rayer.

“Bukan nak bertumbuk pun. Tapi persepsi ini dibina macam nak bertumbuk,” katanya.

Mohd Sany kemudian terus menyindir dengan meniru bahasa tubuh Awang ketika insiden berkenaan dengan menunjukkan gaya dua tangan yang disifatkannya seolah-olah seseorang sedang bersedia untuk berlawan.

“Macam ini bincang ke? Ini joget ke bincang?” katanya yang sekali gus mengundang gelak tawa dan reaksi beberapa Ahli Parlimen lain.

Tidak berdiam diri, Awang mempertahankan pendiriannya sambil mendakwa persepsi yang dibina terhadap dirinya menjadi bukti wujudnya masalah yang lebih besar.

“Ini memang satu contoh mental yang agak kritikal,” katanya.

Insiden berbalas sindiran itu menjadi antara detik paling mencuri perhatian pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat yang turut menyaksikan beberapa lagi perdebatan hangat antara blok kerajaan dan pembangkang.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja