Seni mural jana sumber pendapatan belia, ekonomi setempat

TAWAU – Seni mural kini dilihat bukan sekadar karya seni di dinding bangunan, sebaliknya boleh menjadi sumber pendapatan baharu kepada golongan belia di daerah ini melalui penglibatan dalam ekonomi kreatif.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkembangan ini turut menunjukkan potensi besar bidang seni visual dalam menjana ekonomi setempat.

Katanya, seni terbabit merupakan satu bentuk kreativiti yang wajar kita sokong.

“Hakikatnya, kemahiran yang ada dalam diri kita, khususnya golongan belia, jika dimanfaatkan dengan baik sama ada dalam bidang melukis, menyanyi atau apa jua bentuk kreativiti boleh diperkasa dan dikembangkan.

“Apabila kemahiran ini dimanfaatkan sepenuhnya, ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan kepada individu, malah turut memberi limpahan ekonomi kepada sesuatu kawasan seterusnya kepada negeri dan juga negara, ” katanya kepada media selepas perasmian mural ‘Street Art’, di Fajar Tawau.

ADUN Apas itu berharap agar mural ‘Street Art’ ini dapat menjadi salah satu pemangkin dalam usaha memperkukuh imej Bandar Tawau sebagai sebuah Bandar yang progresif, beridentiti, berdaya saing dan lestari.

Sehubungan itu, semua pemilik bangunan di daerah ini diseru supaya terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan dengan menyumbang kepada usaha memperindah dan menarik taraf landskap bandar Tawau secara berterusan.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencantikkan persekitaran bandar tetapi dijangka menjadi tarikan baharu dan meningkatkan aktiviti pelancongan, ” jelasnya.

Projek mural itu mengetengahkan identiti dan keunikan bandar Tawau selaras dengan tema landskap Majlis Perbandaran Tawau (MPT) iaitu ‘Bumi Peladang’ serta konsep ‘Tawau Lestari’ yang sinonim dengan sektor pertanian dan perladangan.

Mural itu menampilkan elemen warisan Borneo seperti Orang Utan, Monyet Belanda, tanaman koko, landskap kampung dan budaya makanan tempatan.

Projek berkenaan merupakan hasil kerjasama MPT bersama Nutriplus Sabah dan pelukis profesional Your Ideas Makers, Yaulacap dan Andi Syarif.

Related Posts

Nelayan darat Kampung Ubai terima manfaat geran Sejati MADANI

KUANTAN – Komuniti nelayan darat di Kampung Ubai, dekat sini, berpeluang meningkatkan pendapatan mereka melalui Projek Kolam Asuhan Anak Ikan Patin yang berpotensi menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan bagi setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

KUALA LANGAT– Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyertai Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 susulan prestasi cemerlang pihak berkuasa tempatan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nelayan darat Kampung Ubai terima manfaat geran Sejati MADANI

Nelayan darat Kampung Ubai terima manfaat geran Sejati MADANI

Bila buku jadi bahan sindiran politik

Bila buku jadi bahan sindiran politik

KKM kaji pelaksanaan e-MC, kekang sindiket sijil sakit palsu

KKM kaji pelaksanaan e-MC, kekang sindiket sijil sakit palsu

MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

Seni mural jana sumber pendapatan belia, ekonomi setempat

Seni mural jana sumber pendapatan belia,  ekonomi setempat

Sekolah berkelompok di Limbang atasi banjir berulang

Sekolah berkelompok di Limbang atasi banjir berulang