Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

TAWAU – Penganjuran wacana berkaitan geopolitik semasa dilihat sebagai platform penting dalam membuka minda masyarakat agar lebih memahami perkembangan dunia dengan perspektif yang seimbang dan matang.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, walaupun pelbagai peristiwa global berlaku setiap hari dan berpotensi memberi kesan kepada negara, rakyat Malaysia khususnya di negeri ini perlu bijak membuat penilaian.

“Saya percaya dan yakin bahawa penerangan yang disampaikan oleh panel-panel, khususnya anak-anak Sabah sendiri, mampu membuka minda para peserta yang mengikuti wacana ini.

“Lebih penting, kita perlu terus memperkukuh perpaduan, bekerjasama serta menyokong setiap halatuju, agenda dan perancangan yang digariskan oleh kepimpinan negara, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya kepada media selepas merasmikan Wacana Pemikir Peringkat Zon Tawau 2026 di Dewan Masyarakat Tawau.

Nizam yang juga ADUN Apas menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), USIA, badan bukan kerajaan lain serta badan dakwah di daerah ini atas penganjuran program terbabit.

“Sehubungan itu, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Insya-Allah, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap belia di Sabah, saya akan terus menyokong penganjuran program seperti ini dalam usaha membuka minda golongan belia.

“Tidak mustahil, selepas ini kita akan mengadakan pula wacana pemikiran muda, ” ujarnya.

Turut hadir, Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor