Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

KUCHING – Pembangunan infrastruktur secara agresif oleh kerajaan Sarawak terus menjadi pemangkin kemajuan kawasan luar bandar, sekali gus membuka capaian kemudahan, pasaran dan peluang ekonomi kepada rakyat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek jalan raya dan jambatan telah menghubungkan desa dengan pusat pertumbuhan ekonomi bagi merapatkan jurang pembangunan.

Jelasnya, prasarana yang baik bukan sahaja melancarkan pergerakan penduduk, malah meningkatkan nilai ekonomi hasil pertanian tempatan menerusi akses pasaran yang lebih meluas.

“Apabila kita membangunkan luar bandar, kawasan itu akan (berubah) menjadi bandar kerana infrastrukturnya mencukupi dan cara hidup kita juga berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Farley Garden Kuching pada Sabtu.

Menurut Abang Johari, kerajaan Sarawak menyiapkan lebih 20 projek jambatan di seluruh Sarawak sepanjang enam tahun lalu bagi memperkukuh jaringan perhubungan.

Tambahnya, kemudahan logistik yang efisien itu memberi impak langsung kepada pendapatan komuniti desa apabila harga hasil tanaman dan produk tempatan melonjak selepas ia mudah dipasarkan.

“Pembangunan infrastruktur akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan manfaat kemajuan Sarawak dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi,” tegasnya yang merujuk kepada strategi serampang dua mata kerajaan negeri untuk mengukuhkan agenda sekuriti makanan bertaraf komersial.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pembangunan pusat komersial dan pasar raya moden seperti Farley saling melengkapi agenda pembangunan Sarawak dalam menyediakan lebih banyak perkhidmatan untuk kemudahan rakyat.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa mengadakan tinjauan mesra dan menyaksikan simulasi langsung (Live Run) pelaksanaan inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.

Menerusi tinjauan tersebut, Abang Johari melihat sendiri demonstrasi transaksi pembelian barangan asas menggunakan bantuan SKAS di Pasar Raya Farley.

Related Posts

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

SEPANGGAR – Parlimen Sepanggar akan menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kerja pembaikan beberapa jalan kampung yang rosak di kawasan itu dapat dilaksanakan. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk TS…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Turapan konkrit di Bandar Prima dikorek bagi penyelenggaraan awal

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa