Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

MIRI – Keindahan pantai, panorama senja memukau dan warisan budaya tempatan menjadi tarikan utama pengamal media meneroka potensi pelancongan Miri menerusi sebuah program lawatan suai kenal, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, daerah tersebut mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan pantai bertaraf antarabangsa.

Menurut beliau, kedudukan bandar raya itu yang menghadap Laut China Selatan menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dan setanding dengan tarikan pelancongan di Kota Kinabalu.

“Lebih banyak kemudahan dan aktiviti boleh diperkenalkan di kawasan pantai termasuk pasar komuniti, sukan air, aktiviti rekreasi dan tarikan mesra keluarga bagi menjana ekonomi setempat,” katanya.

Menerusi program Miri In-depth Experience Media Familiarisation Trip itu, pengamal media dibawa meneroka keindahan pesisir pantai termasuk di Luak Esplanade dan Kelab Bot Piasau.

Para peserta berpeluang menyertai sesi merasa minuman tradisional tersebut yang dipadankan dengan hidangan tempatan, di samping mempelajari sejarah serta proses penghasilannya secara autentik.

Penganjuran program promosi seumpama itu akan terus dipergiat bagi menonjolkan permata tersembunyi Miri, sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pelancong antarabangsa mahupun tempatan.

Related Posts

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai perarakan ‘Niti Daun’ bersempena dengan sambutan Hari Gawai 2026 di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu. Acara sejauh 1.2 kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KOSMA kekal raih untung konsisten

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus merekodkan peningkatan keuntungan secara konsisten meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi semasa. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

KOSMA kekal raih untung konsisten

KOSMA kekal raih untung konsisten

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

Terima kasih wartawan Malaysia – PM Anwar

Terima kasih wartawan Malaysia – PM Anwar

Tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA untuk kebajikan pengamal media

Tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA untuk kebajikan pengamal media