Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

KUCHING – Sarawak merancang untuk memanfaatkan kawasan sekitar Empangan Baleh bagi mewujudkan habitat semula jadi ikan empurau dalam usaha meluaskan pasaran spesies premium tersebut.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan akan dilaksanakan menerusi penanaman pokok yang menjadi sumber makanan semula jadi untuk ikan terbabit di kawasan empangan itu.

“Di Kapit, kita ada Empangan Baleh. Di sepanjang sungai berhampirannya, kita mahu menanam pokok yang menghasilkan makanan untuk empurau.

“Oleh itu, kita dapat mewujudkan ekosistem semula jadi untuk ikan ini, sekali gus mengembangkan pasarannya,” katanya.

Menurut Abang Johari, usaha tersebut merupakan antara langkah memanfaatkan sumber semula jadi Sarawak untuk menjana nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Jelasnya, ikan empurau yang dikenali sebagai antara ikan air tawar paling bernilai di negeri itu berpotensi besar untuk dipasarkan kepada segmen premium bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Tambah beliau, Sarawak kini bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan sektor tenaga dan infrastruktur, malah terus memperkukuh agenda sekuriti makanan serta pengeluaran produk tempatan bernilai komersial tinggi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan