Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

KUANTAN – Kerajaan Pahang sentiasa mengambil berat dan menghargai sumbangan para veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga keamanan negeri dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irsdhadi Abdullah Al-Qari berkata, kebebasan dan kedamaian dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi para perwira negara terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Negeri Pahang Kali Ke-18, sebagai wakil rasmi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurut Ahmad Irsdhadi, sejak ditubuhkan pada 3 Mei 2007, PVTLDM Pahang telah melakar banyak kejayaan, khususnya dalam membela nasib ahli yang memerlukan.

“Persatuan ini memainkan peranan yang amat besar, terutama dalam membantu veteran TLDM yang berdepan masalah kesihatan serta menyalurkan bantuan pasca-banjir kepada ahli-ahli yang terkesan,” katanya.

Beliau turut memuji peranan PVTLDM Pahang sebagai pemudah cara dan penghubung yang efektif antara golongan veteran dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia serta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera.

“Langkah ini penting bagi memastikan para pesara mendapat akses kepada kursus dan latihan demi membina masa depan lebih baik selepas tamat perkhidmatan,” jelasnya.

Mengulas mengenai permohonan bantuan dikemukakan pihak persatuan, Ahmad Irshadi memberi jaminan akan mengusahakan perkara tersebut bagi memastikan kelangsungan gerak kerja persatuan.

“Berkenaan permohonan tuan-tuan dan puan-puan, saya akan usahakan dan saya percaya Kerajaan Pahang juga memahami bahawa persatuan memerlukan dana yang stabil untuk menjalankan aktiviti kebajikan, pengurusan, serta pentadbiran,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar di bawah kepimpinan Yang Dipertua PVTLDM Pahang, Awai Mohamad, serta bimbingan Penasihat Persatuan, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman, persatuan ini akan terus memacu delegasi kepimpinan cemerlang demi masa depan organisasi.

“Saya berharap semua ahli terus memberikan sokongan padu kepada barisan kepimpinan sedia ada, di samping menggesa rakan-rakan veteran yang baharu berpencen untuk menyertai persatuan ini.

“Teruskan bersama persatuan ini dan berikan sokongan kepada YDP serta semua ahli jawatankuasa. Jemputlah kawan-kawan dan taulan yang telah berhenti atau berpencen untuk sama-sama menyertai PVTLDM bagi memperkasakan lagi ukhuwah kita,” ujarnya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik