Rapid KL lancar pas bulanan digital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

KUALA LUMPUR – Rapid KL memperkenalkan Pas Bulanan Rapid digital yang membolehkan pengguna menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari pada kadar RM150 merangkumi keseluruhan rangkaian pengangkutan awam kendaliannya.

Pas baharu itu boleh dibeli dan diaktifkan terus menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, sekali gus memudahkan pengguna tanpa perlu beratur di kaunter stesen untuk urusan pembelian atau pembaharuan.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pendigitalan perkhidmatan pengangkutan awam serta menyokong pembangunan ekosistem mobiliti tanpa tunai yang lebih cekap dan mesra pengguna.

“Pengguna pas berkenaan boleh menikmati perjalanan tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT Sunway, bas Rapid KL serta bas perantara MRT sepanjang tempoh 30 hari berturut-turut.

“Berbeza dengan pas My50 yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia, Pas Bulanan Rapid digital dibuka kepada semua pengguna termasuk bukan warganegara, sekali gus menawarkan pilihan yang lebih fleksibel kepada pelbagai kategori penumpang,” katanya.

Rapid KL berkata, pelaksanaan pas digital itu dijangka meningkatkan akses kepada pengangkutan awam selain mengurangkan kebergantungan terhadap transaksi fizikal di stesen.

“Pendekatan digital ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah membantu mengurangkan kesesakan di kaunter dan mempercepatkan urusan perjalanan harian,” menurut kenyataan itu.

Bagi menggunakan kemudahan tersebut, pengguna perlu memiliki telefon pintar yang menyokong fungsi Near Field Communication (NFC) serta menggunakan versi terkini aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Bagaimanapun, pas fizikal masih disediakan di kaunter stesen Rapid KL bagi pengguna yang memilih kaedah pembelian secara konvensional.

Related Posts

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez dan Irwan ditahan SPRM petang tadi, akan direman Khamis

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK