Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin terdesak dan seolah-olah ‘terkapai-kapai’ dalam menentukan hala tuju politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, khususnya berkaitan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN).

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, keadaan itu berlaku susulan kedudukan Bersatu dalam PN yang disifatkan masih tidak menentu walaupun parti itu kekal bersama gabungan berkenaan.

Beliau berkata, isu penggunaan logo PN dijangka menjadi cabaran utama sekiranya berlaku pertindihan kerusi antara Bersatu dan Pas pada PRN berkenaan.

“Memang jika bersatu masih kekal dalam PN tetapi dianggap sebagai situasi gantung tak bertali.

“Dalam pilihan raya negeri Johor dan juga Negeri Sembilan, sukar untuk bersatu menggunakan logo PN,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP).

Mengulas lanjut, Azmi berkata, kebergantungan Bersatu terhadap logo PN menunjukkan parti itu masih memerlukan kekuatan jenama gabungan berkenaan untuk meraih sokongan pengundi.

Menurutnya, Pas pula berada dalam kedudukan lebih selesa kerana mempunyai kelompok penyokong tersendiri dan tidak terlalu bergantung kepada logo PN untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang bertanggungjawab menandatangani watikah pencalonan turut menimbulkan persoalan mengenai mekanisme penggunaan logo gabungan itu sekiranya berlaku pertembungan antara Pas dan Bersatu.

“Pertama, pengerusinya Ahmad Samsuri yang akan menandatangani watikah pencalonan dan sudah pasti pertembungan Pas dan Bersatu akan berlaku.

“Jadi macam mana dua calon untuk menggunakan simbol yang sama? Jadi bagi saya, Bersatu betul-betul memerlukan simbol PN yang dianggap lebih popular berbanding simbol bersatu itu saja.

“Tapi bagi Pas, mungkin lebih berani menggunakan simbol logo sendiri kerana mereka tahu mereka mempunyai pengikutnya yang sendiri.

“Jadi dalam hal ini nampak sangat bersatu terkapai-kapai dalam senario politik menjelang Johor dan juga Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

KOTA ISKANDAR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh jentera dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya menerima dengan hati terbuka calon-calon yang bakal diumumkan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor

ASHGABAT – Malaysia dan Turkmenistan komited memperkukuh hubungan dua hala menerusi peluasan kerjasama dalam pelbagai sektor strategik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, kerjasama strategik terbabit termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0