Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin terdesak dan seolah-olah ‘terkapai-kapai’ dalam menentukan hala tuju politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, khususnya berkaitan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN).

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, keadaan itu berlaku susulan kedudukan Bersatu dalam PN yang disifatkan masih tidak menentu walaupun parti itu kekal bersama gabungan berkenaan.

Beliau berkata, isu penggunaan logo PN dijangka menjadi cabaran utama sekiranya berlaku pertindihan kerusi antara Bersatu dan Pas pada PRN berkenaan.

“Memang jika bersatu masih kekal dalam PN tetapi dianggap sebagai situasi gantung tak bertali.

“Dalam pilihan raya negeri Johor dan juga Negeri Sembilan, sukar untuk bersatu menggunakan logo PN,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP).

Mengulas lanjut, Azmi berkata, kebergantungan Bersatu terhadap logo PN menunjukkan parti itu masih memerlukan kekuatan jenama gabungan berkenaan untuk meraih sokongan pengundi.

Menurutnya, Pas pula berada dalam kedudukan lebih selesa kerana mempunyai kelompok penyokong tersendiri dan tidak terlalu bergantung kepada logo PN untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang bertanggungjawab menandatangani watikah pencalonan turut menimbulkan persoalan mengenai mekanisme penggunaan logo gabungan itu sekiranya berlaku pertembungan antara Pas dan Bersatu.

“Pertama, pengerusinya Ahmad Samsuri yang akan menandatangani watikah pencalonan dan sudah pasti pertembungan Pas dan Bersatu akan berlaku.

“Jadi macam mana dua calon untuk menggunakan simbol yang sama? Jadi bagi saya, Bersatu betul-betul memerlukan simbol PN yang dianggap lebih popular berbanding simbol bersatu itu saja.

“Tapi bagi Pas, mungkin lebih berani menggunakan simbol logo sendiri kerana mereka tahu mereka mempunyai pengikutnya yang sendiri.

“Jadi dalam hal ini nampak sangat bersatu terkapai-kapai dalam senario politik menjelang Johor dan juga Negeri Sembilan,” katanya.

Related Posts

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Subang yang kini kosong susulan peletakan jawatan Wong Chen tidak akan diisi menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam tadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi