Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

RANAU – Polis Daerah Ranau berjaya menumpaskan kegiatan pemprosesan dan penjualan air ketum dalam satu operasi di sebuah kawasan perkampungan di daerah ini dengan penahanan seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 petang, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau.

Menurutnya, pihak polis turut merampas 17 botol air ketum bersaiz 1.5 liter yang disimpan di dalam sebuah bekas penyejuk berwarna jingga.

“Turut dirampas ialah sebuah tong gas berwarna kuning, sebuah dapur memasak dan sebuah periuk yang dipercayai digunakan untuk memasak air ketum,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mursalin menegaskan pihak polis akan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang di daerah ini.

Foto: BSNJ IPD Ranau

Related Posts

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

KUCHING – Penduduk di kawasan pedalaman Ba’Kelalan bakal menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik menerusi pembinaan Klinik Kesihatan Ba’Kelalan baharu bernilai RM14.8 juta, yang dijangka siap pada suku keempat 2028.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, perlu memberikan penjelasan berhubung status tanah dan urus niaga berkaitan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang pernah diumumkan kerajaan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

Sanusi perlu jawab isu tanah, transaksi RM40 juta – Mahfuz

Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?

Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?