UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju sebulat suara menerima United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) sebagai ahli gabungan baharu GRS.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penerimaan itu sejajar dengan perjuangan GRS sendiri yang berteraskan prinsip ‘Sabah United, Sabah First’.

Menurutnya, kemasukan UPKO juga bertujuan memberi kekuatan kepada parti-parti gabungan tempatan di Sabah.

“Kita putuskan dan bersetuju sebulat suara untuk menerima UPKO sebagai ahli gabungan baharu GRS.

“Jadi, dengan penerimaan ini, ia sejajar dengan perjuangan GRS sendiri iaitu ‘Sabah United’, ‘Sabah First’ dan untuk memberi kekuatan kepada parti-parti gabungan tempatan ini.

“Dan kita mahu wujudkan kestabilan kerajaan di peringkat negeri yang sedia ada,” katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini pada Khamis.

Tambah Hajiji, keputusan itu dipersetujui semua parti komponen GRS sebagai usaha mengukuhkan lagi gabungan berkenaan.

“Kita sudah bersetuju sebulat suara. Bermula pada hari ini dia jadi ahli GRS secara rasminya dan akan disampaikan kepada UPKO selepas ini.

“Saya rasa semua setuju sebab kita mahu menguatkan GRS,” ujarnya.

Sebagai rekod, GRS kini mempunyai enam parti kompenan iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Cinta Sabah (PCS) dan termasuk UPKO.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala