Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

RANAU – Polis Daerah Ranau berjaya menumpaskan kegiatan pemprosesan dan penjualan air ketum dalam satu operasi di sebuah kawasan perkampungan di daerah ini dengan penahanan seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 petang, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau.

Menurutnya, pihak polis turut merampas 17 botol air ketum bersaiz 1.5 liter yang disimpan di dalam sebuah bekas penyejuk berwarna jingga.

“Turut dirampas ialah sebuah tong gas berwarna kuning, sebuah dapur memasak dan sebuah periuk yang dipercayai digunakan untuk memasak air ketum,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mursalin menegaskan pihak polis akan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang di daerah ini.

Foto: BSNJ IPD Ranau

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala