Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

TAWAU – Hubungan yang kukuh dengan Allah SWT serta restu seorang ibu menjadi pendorong utama kejayaan seorang pelajar Kolej Tingkatan Enam Tawau yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang 4.00 (4A) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Nurziatul Zahara Jamrin, 20, berkata, kejayaan yang diperoleh membawa makna cukup besar apabila dia berpeluang membanggakan ibunya bust kali kedua yang hadir menyaksikan pengumuman keputusan tersebut.

“Sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat selama saya sudah belajar satu tahun enam bulan tak sia-sialah.

“Saya belajar sendiri, saya belajar dengan kawan. Alhamdulillah gembira 4.0. Sedih sebab saya dapat membanggakan lagi orang tua saya satu kali lagi, selepas SPM hari tu, ” katanya kepada media selepas menerima slip STPM 2025,di Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Menurutnya,kejayaan itu bulan mudah, sebaliknya menjaga hubungan dengan Allah SWT serta ibunya menjadi kekuatan utama dalam menghadapi cabaran sepanjang tempoh pembelajaran.

“Saya pegang prinsip habluminallah dan habluminannas, iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Rahsia saya, jangan tinggal solat,” kongsinya.

Sementara itu, pasangan kembar, Jessie Hiew Jin Shi dan Jenese Hiew Jin Chi, turut mencuri tumpuan selepas kedua-duanya mencatat keputusan 4A dalam STPM.

Jessie berkata, latar kehidupan sederhana atau tergolong dalam B40 menjadikan asbab pembakar semangat dua beradik itu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama selain berimpian menjadi akauntan.

“Kami dari keluarga B40. Ini memotivasikan kami untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah kehidupan kami.

“Sebelum exam, kami sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan saling memotivasikan supaya dapat memastikan kita cemerlang dalam STPM,” ujarnya.

Untuk rekod, Kolej Tingkatan Enam Tawau antara tiga institusi Tingkatan Enam di Sabah yang dipilih sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Peringkat Kebangsaan bagi peperiksaan STPM 2025.

Seramai 17 pelajar Kolej Tingkatan Enam Tawau memperoleh keputusan PNGK 4.00 dengan keputusan 4A manakala 48 lagi mencatatkan keputusan 3.59 hingga 3.92 sekaligus menunjukkan pencapaian keseluruhan kolej berkenaan berada pada tahap cemerlang.

Turut membanggakan, SMK Kinabutan, Tawau dinobatkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi Kategori Mod 2 dan Mod 3, selain menerima pengiktirafan dalam kategori Lonjakan Prestasi Terbaik.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang