MPSepang ambil tindakan penjaja tanpa lesen

SEPANG – Sekumpulan penjaja dikenakan tindakan Notis Tawaran Kompaun (NTK) dan sitaan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) atas pelbagai kesalahan.

Dalam satu kenyataan, MPS berkata, Operasi Tindakan Penguatkuasaan itu dilaksanakan sekitar kawasan Kota Warisan dan Lebuh Labohan Dagang Nilai.

“Operasi ini dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjajaan serta memastikan pematuhan terhadap syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Turut diambil tindakan sitaan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan di lokasi operasi,” katanya.

Tindakan penguatkuasaan adalah di bawah peruntukan menjaja tanpa lesen.

MPSepang menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua penjaja mematuhi undang-undang serta tidak menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran di kawasan awam.

Related Posts

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum