Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada tahun sebelumnya.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, daripada 8,296 calon yang mendaftar, seramai 7,632 calon atau 91.99 peratus hadir menduduki peperiksaan STPM 2025 dan majoriti calon terdiri daripada aliran Sains Sosial dengan 7,500 calon, manakala 132 calon daripada aliran Sains.

“Seramai 158 calon berjaya memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 12 orang berbanding tahun 2024.

“Bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang 5A turut meningkat ketara daripada tujuh orang pada tahun lalu kepada 21 orang pada tahun ini.

“Dari segi kelulusan, sebanyak 98.87 peratus calon atau 7,546 orang memperoleh lulus penuh pada peringkat prinsipal, meningkat 0.06 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sebanyak 99.96 peratus atau 7,629 calon yang hadir pula layak dianugerahkan Sijil STPM 2025 daripada 7,632 calon yang hadir,” katanya semasa membuat Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2025, di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, prestasi mata pelajaran turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila 21 daripada 22 mata pelajaran yang ditawarkan mencatatkan kadar lulus penuh sekurang-kurangnya 60 peratus iaitu gred C dan ke atas.

Antaranya, mata pelajaran Bahasa Arab, Tahfiz al-Quran, Information and Communications Technology (ICT) dan Biologi merekodkan peningkatan prestasi yang ketara.

Sementara itu, Raisin berkata, dalam pengiktirafan peringkat kebangsaan, tiga institusi dari Sabah berjaya dinobatkan sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025, iaitu SMK Kinabutan Tawau, Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu dan Kolej Tingkatan Enam Tawau.

“Sabah turut melakar kejayaan apabila Ahmad Mursyied Umair Darwis dari Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu dipilih sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi Aliran Sains Sosial untuk diberikan anugerah berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan plak serta sijil dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

“Bagi Malaysian University English Test (MUET) 2025 pula, seramai 20 calon Sabah berjaya memperoleh Band 5.0 iaitu aggregated 294 hingga 330,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MPM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Cambridge University Press & Assessment bagi memastikan standard STPM kekal setara dengan GCE A-Level serta terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Tahniah diucapkan kepada semua calon STPM 2025, ibu bapa, guru dan warga pendidikan atas kejayaan yang dicapai.

“Diharapkan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada calon STPM pada masa hadapan serta menggalakkan lebih ramai lepasan SPM memilih STPM sebagai laluan utama ke peringkat prauniversiti,” kongsinya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa