Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

MUAR – Kerajaan komited memastikan hasil pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dapat dirasai secara saksama oleh seluruh rakyat, khususnya golongan di peringkat akar umbi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap inisiatif pembangunan yang dilaksanakan perlu memberi impak langsung kepada kehidupan masyarakat, termasuk komuniti nelayan, peladang, pesawah dan pekebun kecil.

Menurut beliau, pembangunan negara tidak boleh hanya diukur menerusi pelaksanaan projek berskala besar atau pencapaian dalam bidang teknologi canggih, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk peningkatan taraf hidup rakyat.

“Pembangunan ini mesti dinikmati serata… pembangunan ini mesti menjamin kemudahan kepada rakyat terutama yang di peringkat bawah,” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Minum Petang bersama komuniti nelayan, peladang dan masyarakat setempat di Medan Selera Pantai Leka, di sini, hari ini.

Anwar berkata, meskipun kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan berteraskan teknologi seperti kecerdasan buatan dan transformasi digital, kebajikan serta kesejahteraan masyarakat luar bandar tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

Beliau berkata, pelbagai agensi dan lembaga berkaitan terus digerakkan bagi memastikan jaringan perlindungan sosial dan bantuan kepada golongan sasar dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan anggota Jemaah Menteri serta pemimpin politik supaya sentiasa mendekati rakyat bagi memahami permasalahan yang dihadapi dan mencari penyelesaian yang sesuai.

Jelasnya, kepemimpinan yang berkesan memerlukan keberanian untuk membawa suara rakyat bawahan agar tiada mana-mana kelompok masyarakat tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan negara.

Foto: RTM

Related Posts

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

MUAR – Usaha memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara terus menjadi fokus kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Kazan, Rusia, esok. Anwar berkata, lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman