83 penduduk di Ketari, Ulu Sungai terima bantuan Bakti Negeri Pahang

KUANTAN – Program agihan bantuan Bakti Negeri (BN) Pahang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, dekat Bentong, selesai dilaksanakan hari ini.

Seramai 63 penduduk terpilih menerima kotak BN Pahang menerusi program berkenaan yang diadakan di Surau Kampung Benus, dekat sini.

Penyampaian sumbangan itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah sebagai wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Selesai mengagihkan bantuan BN Pahang di surau berkenaan, saya meluangkan masa mengunjungi tiga kediaman penduduk di sekitar kawasan DUN Ketari menerusi program Ziarah Kasih.

“Untuk program Ziarah Kasih ini, kita menyantuni penduduk yang berdepan masalah kesihatan dan memberikan maklumat berkaitan bantuan disediakan kerajaan Pahang untuk mereka,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut berkesempatan mengagihkan kotak bantuan BN Pahang untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Sungai, dekat Batu Talam, Raub.

Bagi komuniti Orang Asli di situ, seramai 17 ketua keluarga menerima bantuan BN Pahang yang diperkenalkan sejak awal April lalu.

“Tujuan utama Datuk Seri Diraja memperkenalkan BN Pahang adalah bagi meringankan beban ditanggung penduduk susulan krisis berterusan di Asia Barat,” jelasnya.

  • Related Posts

    KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

    PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seluruh kaum Cina seperti yang ditularkan di media sosial oleh…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

    ALOR SETAR – Dua mangsa yang ditemukan mati lemas di Sungai Kedah di sini hari ini dikenal pasti sebagai remaja orang kurang upaya (OKU) lembam dan pesakit psikiatri. Ketua Polis…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

    KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan  ambil tindakan undang-undang

    Terengganu tidak boleh terus berdiam diri, siapa sebenarnya di sebalik sekolah Rohingya?

    Terengganu tidak boleh terus berdiam diri, siapa sebenarnya di sebalik sekolah Rohingya?

    83 penduduk di Ketari, Ulu Sungai terima bantuan Bakti Negeri Pahang

    83 penduduk di Ketari, Ulu Sungai terima bantuan Bakti Negeri Pahang

    PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

    PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

    Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

    Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

    Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah

    Di samping ceramah, PKR kini latih jentera perang data – Nurul Izzah